Dunia  

Isa Samad direman lima hari dalam isu pembelian hotel oleh FIC

Loading...

PUTRAJAYA,Menitone.com – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad dikenakan perintah tahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC).

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamaruddin

Beliau direman bagi siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM  kerana dipercayai salah guna kedudukan berhubung pembelian hotel di London pada 2014 hingga 2015.

Permohonan reman dibuat Timbalan Pendakwaraya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Loading...

Sementara itu, ketika mengulas mengenai rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram, Mohd Azam menjelaskan SPRM kekurangan bukti berikutan pelepasan ketiga-tiga individu terlibat.

“Saya jangka tiada tangkapan lagi kerana kita dah tangkap tiga orang namun setakat ini kami kekurangan bukti yang jelas akibat pelepasan mereka namun MACC akan menjalankan siasatan untuk melengkapkan siasatan dan kita akan appeal (rayu) bergantung kepada DPP,” katanya.

Katanya, Pejabat Peguam Negara bersetuju untuk menfaikan rayuan terhadap keputusan sama ada esok atau lusa.

sumber: bernama

Loading...

Comment

Silahkan nonaktifkan adblock anda untuk membaca konten kami.
Segarkan